KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM)
Khamis – 16 Jun 2022
Perlawanan akhir Sepak Takraw Piala YAS Ketua Pengarah JBPM antara JBPM Putrajaya vs JBPM Pahang telah berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang ( UMP ) Gambang yang berkesudahan JBPM Pahang menjuarai pada kejohanan pada kali ini. JBPM Putrajaya selaku Naib Johan meraih hadiah berupa wang ringgit bernilai RM 1500.00 manakala tempat ketiga adalah dari JBPM Johor yang menerima hadiah bernilai RM 750.00 dan Johan dari JBPM Pahang telah menerima RM 3000.00 beserta piala pusingan yang telah disampaikan oleh YAS Dato Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. YS Pengarah Putrajaya PgKB I Nor Arifin Bin Kamari juga sempat bergambar kenangan bersama Pasukan Sepak Takraw JBPM Putrajaya