Satu kursus Menghapuskan bahaya kebakaran JBPM Putrajaya telah diadakan selama tiga(3) hari bermula dari 21 hingga 23 Jun 2022 yang diketuai oleh penceramah jemputan PgKB II Mohd Shahrom Bin Laji beserta 2 org pegawai dari Zon 1 JBPM Pahang. Kursus anjuran Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Putrajaya ini dilaksanakan bertempat di Anjung ilmu JBPM Putrajaya , Lebuh Wawasan , Presint 7, Putrajaya. Kursus ini dilaksanakan adalah bagi memberikan ilmu teori dan praktikal kepada penyelia-penyelia pasukan dalam Pelaksanaan kerja-kerja menghapuskan kebakaran di premis kawasan jagaan balai JBPM Putrajaya .
Segala tunjuk ajar, teguran dan cadangan daripada pihak penceramah diterima baik dengan positif oleh semua peserta kursus . YS Pengarah didalam ucapan penutupan kursus merakamkan ucapan tahniah kepada semua pegawai JBPM Putrajaya di atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan semasa kursus dijalankan. Semoga pelaksanaan kerja menghapuskan bahaya kebakaran di JBPM Putrajaya dapat diimplimentasi dengan lebih baik dan berkesan bagi memenuhi kehendak pihak berkepentingan dari masa ke semasa.