Rabu, 15 Mac 2023 – YS Pengarah JBPM Putrajaya, Nor Arifin Bin Kamari dengan bangganya telah menganugerahkan Sijil Penghargaan Audit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JBPM Putrajaya kepada Zon-zon atas kecemerlangan dan komitmen yang diberi sepanjang perlaksanaan EKSA. Tahniah diucapkan kepada Zon Iris kerana berjaya menjadi Zon Terbaik EKSA dan mendapat markah yang cemerlang dalam Audit Dalam EKSA.
YS Pengarah menyerahkan Sijil Zon Terbaik EKSA kepada PPgB Dianty sebagai Ketua Zon EKSA. YS Pengarah menyampaikan Sijil Penghargaan EKSA kepada wakil Zon Daisy. Ketua Zon Azalea menerima Sijil Penghargaan daripada YS Pengarah. Wakil Zon Lavender menerima Sijil Penghargaan EKSA daripada YS Pengarah.