Satu Sesi Lawatan Kerja Rasmi YS Pengarah JBPM Putrajaya ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 telah diadakan pada 16 Mac 2023. Dalam program yang sama YS Pengarah turut membuat Pemeriksaan Peralatan dan Kelengkapan (Kit Inspection) yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, PgKB II Henry Goliong, Penolong Pengarah Operasi, PgB Mohd Afizi Bin Zolkifli, Ketua Balai BBP P14, PPgB Dianty Binti Hussain serta pegawai-pegawai kanan yang lain. Selain itu, Majlis Bacaan Yassin turut diadakan bagi menyambut kehadiran Bulan Ramadhan 1444 Hijrah. Program ini diadakan bertujuan untuk menguji kesiapsiagaan, kemahiran serta keperluan anggota di balai selain dapat meningkatkan ukhwah di kalangan warga kerja JBPM Putrajaya.
Ketibaan YS Pengarah JBPM Putrajaya ke perkarangan BBP Presint 14. PBK I (KUP) Mohd Jamalie lapor Anggota Siap Untuk Diperiksa. YS Pengarah membuat pemeriksaan ke atas peralatan anggota. Ketua Balai BBP Presint 14 mengiringi YS Pengarah sewaktu pemeriksaan dijalankan. Bergambar bersama YS Pengarah setelah selesai Kit Inspection. YS Pengarah menandatangani Buku Pelawat. YS Pengarah dan Ketua Balai BBP Presint 14 bergambar bersama selepas sesi menandatangani Buku Pelawat. Bacaan Yassin oleh anggota bomba. Staff wanita turut serta dalam Majlis Bacaan Yassin. YS Pengarah dan pegawai-pegawai sewaktu bacaan Yassin. Bacaan Yassin di BBP Presint 14.