MENZIARAH PEGAWAI JBPM PUTRAJAYA SAKIT
YS PgKB I Ashari bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya sempat pada tengahari tadi menyantuni salah seorang pegawai Kakitangan Gunasama JBPM Putrajaya, Puan Nurul Lizam Binti Mohd Shahidan Bertugas di Cawangan Sumber Manusia JBPM Putrajaya yang telah selamat menjalani pembedahan bertempat di KPJ Hospital Kajang Tingkat 3 Wad Tulip Bilik 316A . YS Pengarah telah bertanyakan khabar disamping menasihatkan puan Nurul Lizam utk menjaga kesihatan dan mendoakan beliau segera sembuh, turut sama hadir Puan Norhayati Ketua Sumber Manusia JBPM Putrajaya dan Ketua Pegawai Perhubungan Awam TPgB II Azalin Bin Samdin.