15 Jun 2023 (Khamis) – Satu program Latihan Kebakaran: Pengungsian Bangunan dan Penggunaan Alat Pemadam Api serta Alat Salur Bantu Mula telah diadakan bertempat di Asrama SMK Agama Putrajaya Presint 11 untuk warden-warden dan pelajar-pelajar. Program ini bertujuan untuk melatih warden dan pelajar menggunakan APA dan Salur Bantu Mula.
Loceng kecemasan telah dibunyikan pada pukul 9.30 malam. Program ini dipantau oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir bersama anggota dan melibatkan sebuah jentera FRT. Program ini ditamatkan pukul 11.15 malam.