PUTRAJAYA – 14 Jun 2022 (Selasa)
BENGKEL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA
Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya telah menganjurkan Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya pada 14 Jun 2022 bertempat di Bilik Kuliah Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Siti Nurzaliana Binti Mohd Safari, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Penyelidikan Pengurusan (BPP), MAMPU, Jabatan Perdana Menteri dan Encik Raja Saifuddin Bin Raja Azman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Pengurusan (BPP), MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Seramai 17 orang peserta telah terlibat dengan bengkel ini.