PUTRAJAYA – 15 Jun hingga 17 Jun 2022
KURSUS “INCIDENT COMMAND SYSTEM (ICS)” JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Putrajaya dengan kerjasama Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya telah menganjurkan Kursus “Incident Command System (ICS)” Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya pada 15 Jun hingga 17 Jun 2022 bertempat di Bilik Kuliah Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya. Kursus ini telah dikendalikan oleh PgKB II Alimaddia Bin Bukri dari Cawangan Pengurusan Operasi Kebombaan, Ibu Pejabat JBPM. Seramai 19 orang peserta telah terlibat dengan kursus ini. JBPM Putrajaya merakamkan jutaan terima kasih kepada YS Dato’ Ts Nor Hisham Bin Mohamad, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana dapat meluangkan masa bagi memantau perlaksanaan kursus berkenaan dan menunjukkan tanda sokongan di atas kursus yang dijalankan.