13 Oktober 2021 (Rabu), Satu pemeriksaan Audit MS ISO 9001:2015 & SSR oleh pasukan audit JBPM telah diadakan selama dua hari iaitu pada 12 hingga 13 Oktober 2021 yang diterajui oleh PgKB I Ishak Bin Sibok bagi mengetuai pasukan Audit ISO bertempat di Ibu pejabat JBPM Putrajaya, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya. Pengauditan ini dilaksanakan adalah bagi memantau, menilai dan menentusahkan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di JBPM Putrajaya adalah selaras dengan keperluan ISO 9001:2015.