JBPM Putrajaya 14 Oktober 2021( Khamis ), YS PgKB I Hafizal Bin Mohd Razali Pengarah JBPM Putrajaya berbesar hati menerima kunjungan mesra Ketua Polis Daerah Putrajaya YDH ACP A.Ahmadi Bin Hj Abd Aziz bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt Mohd Hafiz Bin Samsudin bersama pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya ke JBPM Putrajaya yang telah berlangsung di Bilik Teratai JBPM Putrajaya. Di dalam pertemuan ini telah membincangkan isu-isu strategik bagi kedua-dua agensi, fokus kepada aspek Operasi, keselamatan, komunikasi, latihan dan juga kerjasama memperkukuhkan aktiviti-aktiviti berbentuk kebombaan serta kekeluargaan yang dijangka dapat memberikan kemashalatan antara kedua-dua pihak demi kesejahteraan warga PDRM dan JBPM Putrajaya serta warga Putrajaya. Turut hadir di dalam pertemuan ini adalah Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat , Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran,Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan dan ketua-ketua balai JBPM Putrajaya.