JENIS KECEMASAN : KHIDMAT KHAS KERETA TERKUNCI
Tarikh : 13 Mac 2024
Masa : 1121am (Terima panggilan)
Tempat : Tempat letak kereta Hospital Putrajaya
Komander Operasi : PBK II Ahmad Syahidi Rizal bin Hamidun
Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya menerima panggilan kecemasan terdapat seorang mangsa (1 Lelaki / Kanak-kanak) terperangkap dalam kereta Proton Persona di alamat SDA. Sebuah jentera LFRT dikejarkan ke tempat kejadian bersama anggota. Pintu berjaya dibuka dengan menggunakan Special Tools Kit dan mangsa berjaya diselamatkan.