PUTRAJAYA – 13 Jun 2022 (Isnin)
Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya telah menganjurkan Bengkel Pemantapan MS ISO 9001:2015 (PS 33: Pelan Pengurusan Risiko) Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya pada 13 Jun 2022 bertempat di Bilik Kuliah Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya. Bengkel ini telah dikendalikan oleh PgKB I Nur Hadi Bin Md Ibrahim dari Cawangan Pengurusan Balai, Ibu Pejabat JBPM selaku Penceramah. Seramai 22 orang peserta yang telah terlibat di dalam bengkel ini. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih jelas berkaitan perlaksanaan PS 33 : Pelan Pengurusan Risiko selain dapat mengulangkaji proses dan merancang dengan betul perlaksanaan Pelan Pengurusan Risiko mengikut kehendak MS ISO 9001:2015.