PUTRAJAYA – 18 Mei hingga 19 Mei 2022
KURSUS TATACARA PENGKOMPAUNAN KESALAHAN DALAM AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 (AKTA 341) JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA
Bahagian Penyiasatan Kabakaran, JBPM Putrajaya dengan kerjasama Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengkompaunan Kesalahan Dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya pada 18 Mei hingga 19 Mei 2022 bertempat di Bilik Kuliah Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya. Kursus selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh PgB Arief Fikry Bin Yusof, Ketua Cawangan Pendakwaan JBPM Selangor selaku Penceramah dengan dibantu oleh Fasilitator yang dilantik dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya. Seramai 13 orang peserta dari BBP Presint 7 dan BBP Presint 14 terlibat dengan kursus tersebut. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dengan aktiviti pengkompaunan kesalahan selain dapat menimba kemahiran baru dalam perlaksanaan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan Perintah Tetap Ketua Pengarah Bilangan 2 Tahun 2020 Pengkompaunan Kesalahan.