12 Julai 2023 (Selasa) – JBPM Putrajaya telah menerima lawatan daripada Taski ABIM Unit Kajang seramai 167 orang murid pra sekolah dengan diiringi oleh 15 orang guru bersempena tema pembelajaran mingguan murid taski iaitu ‘Pekerjaan Badan Beruniform’. Lawatan yang bertempat di BBP Putrajaya Presint 7 ini dapat mendedahkan anak-anak taski tentang kesedaran keselamatan kebakaran selain dapat merasai sendiri pengalaman menaiki jentera bomba dan memadam kebakaran menggunakan nozzle.