KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PERINGKAT IBU PEJABAT JBPM
Sabtu (15 Julai 2023) – Bertempat di KSL Sport Puchong, satu Kejohanan Futsal Tertutup Peringkat Ibu Pejabat JBPM telah diadakan melibatkan 8 pasukan dari pelbagai Bahagian Ibu Pejabat, Akademi Bomba dan Penyelamat, Unit Pengesan dan JBPM Putrajaya.JBPM Putrajaya telah mendapat tempat ketiga dengan penglibatan 2 orang pegawai dan 10 orang anggota.Kejohanan ini telah disempurnakan dengan kehadiran PgKB I Mohd Kharu bin Sulaiman, Naib Pengerusi Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan Ibu Pejabat JBPM.Diharap dengan kejayaan penganjuran kejohanan ini dapat mencapai objektifnya iaitu membudayakan sukan bagi mengeratkan hubungan sesama pegawai dan meningkatkan tahap kecergasan pegawai dalam melaksanakan tugas sejajar dengan visi dan misi jabatan.