Bahagian Pengurusan dengan kerjasama Bahagian Latihan telah menganjurkan Kursus Panduan Pelupusan Rekod Awam JBPM Putrajaya bermula dari 1 sehingga 2 Mac 2023 bertempat di Pusat Gerakan Operasi Negeri.
Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Faqrul Razi bin Mohd Shukor, Pegawai Arkib Ibu Pejabat SPRM dan diselaraskan oleh Puan Puteri Noor Syazwani Binti Abu Sufian, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM Putrajaya.
Kursus ini telah dihadiri seramai 16 orang anggota dan 7 orang kakitangan gunasama.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan, pendedahan dan pemahaman mengenai tatacara pelupusan rekod rasmi jabatan.
Kursus disampaikan ole Encik Mohd Faqrul Razi bin Mohd Shukor, Pegawai Arkib Ibu Pejabat SPRM. Encik Fakhrul sedang menerangkan tentang tatacara pelupusan rekod awam. YS Pengarah, Nor Arifin bin Kamari memberikan ucapan penutup. Para peserta dan Encik Fakhrul sedang mendengar ucapan YS Pengarah. Para peserta bergambar bersama Encik Fakhrul. YS Pengarah menyampaikan cenderahati kepada Encik Fakhrul.