4 Mac 2023 (Sabtu) – Reruai (booth) pameran JBPM pada hari ketiga ini terus dikunjungi ramai pengunjung yang mengambil kesempatan meluangkan masa cuti hujung minggu dan cuti persekelohan sempena Hari Terbuka Putrajaya 2023. Pameran JBPM dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir dengan dibantu oleh PB Nastila binti Likong, PB Muhammad Afif bin Muhammad Faizi (BBP Presint 7) dan PB Mohamad Shafirunizam bin Shaufi (BBP Presint 14). Manakala PB Abdul Hakeem bin Rameli, PB Macrina Markus dan PB Mohamad Shahrin bin Mohd Shamri turut bersama mengendalikan pameran pada hari kedua program.
PB Nastilla sedang menunjukkan cara-cara menggunakan fire blanket kepada pengunjung. Booth JBPM meriah dikunjungi oleh pengunjung. Pengunjung sedang melihat diorama berkaitan dengan operasi pemadaman. Anggota bomba memberi pamplet kepada pengunjung. Pengunjung-pengunjung sedang melihat pameran bomba. Anggota bomba sedang memberikan penerangan mengenai keselamatan kebakaran kepada pengunjung-pengunjung. Anggota bomba mesra melayan tetamu yang hadir. Anggota Bomba yang terlibat dengan pameran tersebut.