15 hingga 17 April 2025 telah berlangsung Kursus Pengukuhan Alat Pernafasan dan Menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kursus disertai seramai 19 anggota dan pegawai lain-lain pangkat daripada Bahagian, BBP Presint 7 dan BBP Presint 14. Fokus utama kursus ini untuk memberi pendedahan dan latihan kepada peserta dalam penggunaan alat bantuan pernafasan semasa operasi menyelamat, terutamanya dalam situasi berasap, sesak, atau kawasan yang ada gas berbahaya. Kursus ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya









