MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEBAJIKAN OLEH PERISMA PUTRAJAYA KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI JBPM
Jumaat, 7/1/2022 – Usai Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Doa Selamat bertempat di Dewan Sutera, telah berlangsung penyampaian bantuan kebajikan berupa keperluan dapur dan keperluan harian, oleh PERISMA Putrajaya khusus kepada semua pegawai-pegawai ibu pejabat JBPM yang terjejas akibat bencana banjir pada 18 Disember 2021. Pemberian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Datin Nor Latifah binti Jaafar Timbalan Pengerusi PERISMA JBPM dan turut dibantu oleh Puan Bakhtiar binti Bakar. Moga melalui sumbangan ini dapat meringankan bebanan semua pegawai-pegawai Ibu Pejabat Putrajaya yang terkesan akibat bencana ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dan memperolehi keberkatan.