2 Julai 2024 (Selasa), YAS Dato Ir Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah hadir di Pangkalan Marin BBP Butterworth bagi membincangkan berkenaan pembangunan yang akan dilaksanakan di Pangkalan Marin tersebut.
Turut hadir bersama PgKB I Khairi bin Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Pulau Pinang, PgKB II Abdul Rahim bin Ismail, Ketua Zon 4 Pulau Pinang, PKPgB Ahmad Shukri bin Hashim, Ketua Balai BBP Butterworth dan Encik Johnson See dari Eastern Wide Enterprise.