21 Jun 2024 – Bahagian Latihan JBPM Negeri Pulau Pinang telah mengadakan program kecergasan yang bertujuan meningkatkan keupayaan fungsi tubuh badan disamping mengurangkan risiko masalah kesihatan.
Program ‘Mendaki Batu Kawan Hill’ yang bermula pada jam 8.30 pagi disertai oleh pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang, BBP Batu Kawan, BBP Sungai Bakap dan BBP Nibong Tebal. Turut serta PPjB Ts. Zulfahmi bin Sutaji, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang.
“Fizikal cergas, menjana minda yang sihat dan personaliti yang ceria”