4 November 2024 – Program Sambutan Hari Integriti Tahun 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang telah berjaya mendapat 5 bintang Penarafan Pembudayaan Integriti dan Anti Rasuah.
Sijil Penarafan Bintang Pembudayaan Integriti dan Anti Rasuah tersebut disampaikan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada PPjB Ts. Zulfahmi bin Sutaji, Timbalan Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Pulau Pinang.
Selain daripada itu, JBPM Negeri Pulau Pinang turut meraih beberapa kejayaan lain iaitu BBP Bagan Jermal yang telah mendapat tempat ketiga bagi Pertandingan Video Integriti serta Sijil Cemerlang Integriti yang dianugerahkan kepada TPgB I A’azelan bin Hassan, Ketua BBP Jalan Perak.
