4 Disember 2024 – Alhamdulillah, Jabatan menerima kepimpinan baharu yang sangat berpengalaman iaitu YS PKPjB Mohamad Shoki bin Hamzah sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa pada tarikh 2 Disember 2024.
Kehadiran tuan pastinya dapat memacu JBPM Negeri Pulau Pinang ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.
Jabatan juga turut menerima pegawai-pegawai kanan baharu seperti berikut :-
- PPjB Endi Sherimi bin Mohd Azmi- Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang
- PgKB I Shahrizal bin Mohd Kassim – Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM Negeri Pulau Pinang
Tahniah dan selamat menjalankan tugas.