KUALA LUMPUR, 7.3.2023: Satu Majlis Makan Tengah Hari Bersama Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Malaysia ke Turkiye telah diadakan di Dewan Banquet, Parlimen Malaysia.
Majlis tersebut, telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) dan YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut bersama-sama meraikan dalam majlis tersebut yang dihadiri oleh semua anggota dan pegawai JBPM yang terlibat dengan Misi SAR di Turkiye tersebut
Turut diadakan penyampaian sijil kepada pasukan SAR Malaysia ke Turkiye selain tayangan montaj Misi SAR di Turkiye.