Georgetown, 27 Februari 2023 (Isnin)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang telah berkolaborasi dalam memberi taklimat pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (1984) Pindaan 2021 bertempat di Kompleks Hotel Cititel, Georgetown, Pulau Pinang.
Dalam bengkel tersebut, taklimat disampaikan oleh Dr. Ts Mohd Zaid bin Ab Ghani kepada wakil jabatan yang terlibat dalam mengendalikan pengurusan bangunan di negeri Pulau Pinang.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa disaksikan bersama oleh YS Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang.