02 Januari 2022 – Ahad : Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor telah mengadakan rondaan dan taklimat ringkas keselamatan di air kepada para pengunjung di pantai-pantai tumpuan sekitar Pulau Pangkor sebagai usaha meningkatkan kesedaran awam pengunjung berkaitan keselamatan diri dan keluarga ketika beriadah di air. Ianya juga bagi mendapatkan feedback pengunjung berkaitan pengalaman mereka sendiri tentang kemerbahayaan yang mungkin dialami sendiri oleh pengunjung untuk tujuan penambahbaikan dan mengurangkan risiko kemerbahayaan tersebut pada masa akan datang.








