3 Januari 2022 – Isnin : Satu majlis ringkas berupa penyerahan Mock Check dan cek telah berlangsung pada jam 11.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bomba dan Penyelamat, Taiping. Cek telah disampaikan oleh PgKB II Esmadi bin Mohd Saufi kepada PB Mohd Iqbal Afifi anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Taiping yang telah mengalami kemalangan kecil. Majlis turut dihadiri PPgB Mohamad Nasir, Setiausaha Perhubungan, Persatuan Kebajikan Negeri Perak serta Pegawai Perhubungan Awam Negeri Perak PKPgB Mohd Fadli dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping PKPgB Rafeel.