08 September 2022 – KHAMIS : Bermula 5hb September hingga 8hb September 2022 para pegawai lantikan baru JBPM Negeri Perak telah berkampung di Tasik Banding, Grik bagi bersama sama menjalankan gotong royong di Fire Post Tasik Banding. Di samping menjalani aktiviti asas latihan ikhtiar hidup (survival) di hutan, kerjasama berpasukan dan perasaan seerat serasa sehati sejiwa amat ditekankan sepanjang program ini berlansung.