OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT HELIKOPTER TERHEMPAS

11 September 2022 – AHAD : Operasi Mencari dan Menyelamat helikopter persendirian di Hutan simpan Chikus, Bidor dan di sekitar kawasan Kampung Jeram Mengkuang, Bidor tidak menemui sebarang petanda helikopter persendirian berada di lokasi tersebut. Operasi pencarian di gerakkan pagi ini bermula dari lokasi komunikasi akhir di (4’05 11.2 n, 101’ 14’ 41.7e) ke jarak 500 meter. Operasi pada pagi ini melibatkan intra agensi dan dipecahkan kepada 5 kumpulan. Staging operasi adalah di FRIM Bidor. Kerja menyelamat mangsa helikopter terhempas telah dilakukan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Hutan Simpan Chikus. Difahamkan, hanya seorang mangsa terlibat. Mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

heli01
heli02
heli03
heli04
heli05
heli07
heli06
heli08
English EN Malay MS
Skip to content