PROGRAM KESEJAHTERAAN KEWANGAN DAN CERAMAH INTEGRITI ANTI RASUAH TAHUN 2022

17 Ogos 2022 – RABU : Program Kesejahteraan Kewangan dan Ceramah Integriti Anti Rasuah telah dijalankan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak hari ini. Pada sebelah pagi, satu taklimat Kesejahteraan Kewangan telah disampaikan oleh Puan Tung Ka Yin dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Ipoh. Dalam taklimat tersebut, beliau menyentuh topik berkaitan bagaimana Mengurus Wang Dengan Minda Yang Tenang dan Persaraan Yang Bergaya.

Pada sebelah petang, telah diadakan satu Ceramah Integriti Anti Rasuah yang telah disampaikan oleh Encik Zamri bin Hj Darus dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak.

ceramah01
ceramah02
ceramah03
ceramah04
ceramah05
ceramah06
ceramah07
ceramah08
ceramah09

English EN Malay MS
Skip to content