16 Ogos 2022 – SELASA : Satu Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Perak bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak di sini hari ini. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman dan diberikan perbarisan kehormat. Dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar, Datuk Seri Saarani bin Mohamad turut menyampaikan halatuju Agenda Perak Sejahtera 2030 kepada semua hadirin.












