18 Ogos 2022 – KHAMIS : Satu Perjumpaan antara Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman bersama 113 orang Pegawai Bomba KB19 yang baru dilantik, telah diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak petang ini. Dalam perjumpaan tersebut, YS Pengarah telah memberikan amanat dan kata-kata semangat kepada anggota yang baru ditempatkan di negeri Perak agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jabatan.




