19 Ogos 2022 – JUMAAT : Satu Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Solat Hajat sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2022 peringkat JBPM Negeri Perak telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak, Ipoh. Majlis bacaan surah Yaasin telah dipimpin oleh PgB Md Taufik ‘Asyarun Bin Haji Zainuddin dan Solat Hajat pula telah diimamkan oleh PgB Umrani Bin Che Mat. Pengarah JBPM Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman telah turut bersama ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai kanan jabatan serta anggota bagi mengimarahkan majlis tersebut.






