14 September 2022 – RABU : Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2022 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak hari ini. Perutusan telah disampaikan oleh Pengarah JBPM Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman.
Di dalam majlis tersebut juga turut diadakan majlis penyampaian Sijil Penghargaan kepada 5 buah Bomba Komuniti, 4 buah Kelab 3K Tadika dan 4 buah industri. Turut diadakan adalah penyerahan cek tuntutan insuran Koperasi Bomba kepada 2 orang pegawai bomba yang mengalami kemalangan sebanyak RM10,000.00 setiap seorang. Penyerahan mock check bagi Geran Bantuan Kewangan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Negeri Perak 2022 kepada 40 PBS. Setiap PBS menerima sebanyak RM3,000.00.