15 September 2022 – KHAMIS : Majlis Penutupan Cabaran Kokurikulum Kadet Bomba dan Pentauliahan Kursus Asas Guru Kadet Bomba Peringkat Negeri Perak 2022 telah diadakan pada petang ini di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak yang telah disempurnakan oleh Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman. JBPM Negeri Perak turut menganjurkan Kursus Asas Guru Kadet Bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Utara, Tronoh membabitkan seramai 30 org guru bermula 12hb hingga 15hb September serentak dengan Program Penjurian Cabaran Kokurikulum Kadet Bomba Peringkat Negeri Perak Tahun 2022. Pada tahun ini, JBPM Negeri Perak dan JPN Perak akan menjadi tuan rumah Cabaran Kokurikulum Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan pada 2 – 6 Oktober 2022 nanti.












