Ipoh, 20 Januari 2025 – YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, telah hadir dalam Majlis Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Perak serta Lafaz Ikrar Rukun Negara yang berlangsung di Dataran Parkir, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.
Majlis dimulakan dengan penghormatan kepada Lagu Negaraku, diikuti nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak serta Siap Sedia Setiap Masa, yang mencerminkan semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara serta negeri.
Acara diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh PgKB I Wan Mohd Nazlis bin Wan Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Perak, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh PKPgB Zulkifli bin Harun dari Bahagian Keselamatan Kebakaran.
Turut hadir dalam majlis ini ialah PPjB Yusri bin Mohd Yusoff @ Hashim, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak, bersama Ketua-Ketua Bahagian, pegawai kanan serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.
Kehadiran anak-anak yang mengikuti Kursus Solat anjuran PERISMA Negeri Perak turut menyemarakkan lagi suasana perhimpunan pagi ini, melambangkan kebersamaan serta nilai keagamaan yang diterapkan dalam kalangan warga JBPM.



