Rabu, 5 Februari 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu menjadi destinasi pertama dalam siri Lawatan Kerja Rasmi Pengarah JBPM Negeri Perak bagi tahun 2025.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan komunikasi antara pegawai di balai dengan Pengurusan Tertinggi Jabatan, sekaligus memastikan kecekapan operasi dan keberkesanan perkhidmatan yang disampaikan.
Dalam lawatan ini, Yang Setia PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak, bersama PPjB Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak, telah melaksanakan pemeriksaan peralatan pelindung diri (PPE) melalui Kits Inspection serta meninjau fasiliti balai bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang optimum.
Selain itu, sesi dialog bersama pegawai bomba BBP Pengkalan Hulu turut diadakan bagi membincangkan langkah-langkah penambahbaikan dalam aspek perkhidmatan dan pengoperasian balai.
Turut hadir dalam lawatan ini adalah barisan kepimpinan JBPM Negeri Perak, termasuk:
- Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat
- Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran
- Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran
- Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan Jentera
- Ketua Zon 2 Perak
- Pegawai Pembangunan dan pegawai Bahagian Latihan
Lawatan ini mencerminkan komitmen JBPM Negeri Perak dalam memastikan setiap balai bomba beroperasi dengan kecekapan tinggi, sejajar dengan misi jabatan dalam memberikan perkhidmatan kebombaan yang profesional dan responsif.



