MESYUARAT PENYELARASAN CABARAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

15 Ogos 2022 – ISNIN : Satu Mesyuarat Penyelarasan Cabaran Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri dan Kebangsaan bagi tahun 2022 telah diadakan bersama antara JBPM Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak hari ini. Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Perak, PgKB II Sabarodzi bin Nor Ahmad dan Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Dr Nor Haslan bin Nor Zaman. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai dari JPN Perak, PT Pejabat Pelajaran Daerah dan pegawai kanan dari JBPM Negeri Perak.

Cabaran Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri Tahun 2022 akan diadakan bermula pada 12 – 15 September 2022 dan Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 03 – 06 Oktober 2022 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, Tronoh.

jpn01
jpn02
jpn03
jpn04
English EN Malay MS
Skip to content