15 Ogos 2022 – ISNIN : Pada hari ini Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman telah menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak , Puan Nor Tipah binti Majin di Ibu Pejabat, JBPM Perak. Rombongan Pengarah JKM Perak telah disambut sendiri YS Pengarah, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan jabatan. Kunjungan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua jabatan serta membincangkan peranan bersama dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.









