30 Mac 2022 – RABU : Mesyuarat Ketua Balai Bil 1/2022 telah diadakan di Bilik Gerakan Dato’ Haji Soiman, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak selama dua hari bermula pada 29 Mac 2022 (Selasa) hingga 30 Mac 2022 (Rabu). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman. Turut terlibat adalah Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan Ketua Balai JBPM Negeri Perak.






