03 April 2022 – AHAD : Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan pada hari ini telah menyertai program memasak bubur di Masjid Melayu Teluk Intan. Program ini telah diadakan bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Program ini dilaksanakan bersama bermula jam 0900 pagi melibatkan pelbagai agensi iaitu Adabi Teluk Intan, Kolej Komuniti Teluk Intan, Balai Polis Teluk Intan, Perak FM, Pejabat Mara Daerah Hilir Perak, Imperial Asia International Sdn Berhad, Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional Teluk Intan , Astaka Nilam City, Guru Agama Dakwah Teluk Intan, Persatuan Baitul Saadah Teluk Intan dan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan sendiri. Setelah bubur siap ianya diedarkan kepada orang ramai.