29 Oktober 2023 – AHAD : Bersempena Lawatan Kerja Ketua Pengarah ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, telah diadakan satu Majlis Makan Malam “Malam Sekalung Kasih – Sanjungan Budi” YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM dan YBhg Datin Sri Nor Latifah binti Jaafar, Yang DiPertua PERISMA Kebangsaan.Turut hadir bersama YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak dengan kehadiran bersama Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak, Komandan ABPM Wilayah Utara dan semua Penolong Pengarah Bhg, Semua Ketua Zon dan Semua Ketua Balai bagi meraikan kunjungan terakhir Ketua Pengarah bersama Datin sebelum bersara pada penghujung tahun 2023 ini. Majlis telah diadakan di Ballroom Hotel Casuarina @Meru, Ipoh Perak.