30 Oktober 2023 – ISNIN : Bersempena Lawatan Kerja Rasmi YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin, telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022, Penyampaian Sijil 30 Tahun Perkhidmatan dan Sijil Perkhidmatan Terpuji PBB.Seramai 100 orang pegawai telah menerima APC tahun 2022, 58 pegawai menerima Sijil 30 Tahun Perkhidmatan termasuk seorang pegawai dari ABPM Wilayah Utara dan 22 orang PBB menerima Sijil Perkhidmatan Terpuji PBB.Turut mengiringi majlis YS PKPjB Sayani binti Hj Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak bersama Timbalan Pengarah dan Komandan ABPM Wilayah Utara.

















