28 November 2024 – Dewan Premier Dato’ Sri Ts. Hamdan, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, menjadi lokasi berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan November 2024 serta Majlis Sekalung Budi Pesara-Pesara Tahun 2024.
Majlis ini diserikan dengan beberapa acara istimewa, antaranya:
- Penyampaian sijil kepada balai-balai bomba yang memenangi Pertandingan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
- Penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru sekolah yang membimbing pasukan Kadet Bomba hingga berjaya dalam pertandingan kebangsaan.
- Penyampaian hadiah kepada pegawai bomba yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam program “Wellness Hub” anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.
Majlis penuh bermakna ini disempurnakan oleh Yang Berusaha PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua pesara atas jasa dan pengorbanan sepanjang berkhidmat.
Majlis ini mencerminkan komitmen Jabatan dalam menghargai kecemerlangan dan menyemai budaya sihat dalam kalangan warga bomba.

























