1 Disember 2024 – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, telah turun padang meninjau situasi banjir di Arena Kepayang Putra, Ipoh.
Sehingga jam 5.30 petang, seramai 114 orang penduduk yang terperangkap di rumah masing-masing telah berjaya diselamatkan oleh pasukan JBPM Negeri Perak.
Operasi penyelamatan yang melibatkan 11 lorong perumahan masih diteruskan dengan usaha gigih anggota BBP Ipoh dan BBP Simpang Pulai di bawah pimpinan Ketua Balai BBP Ipoh, TPgB Azman bin Hussin. Operasi ini turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru serta kerjasama erat daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh, serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Pasukan JBPM Negeri Perak terus komited memastikan keselamatan penduduk terjamin di tengah-tengah cabaran banjir yang melanda.