Penutupan Kursus Asas Organisasi Keselamatan Kebakaran (Bangunan dan Industri) Siri 1/2021 telah selamat dilangsungkan pada 15 November 2021 jam 0900 hrs, bertempat di Mess Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA, Bidor yang lalu.
Batalion 3 PGA telah pun selesai melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan bagi memastikan setiap Pegawai dan Anggota mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan PPK mencegah kebakaran di premis yang berisiko tinggi sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Akta Perkhidmatan Bomba 1998 ( Akta 134 ). Kursus ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Perak.
Tarikh bermula kursus pada 25/10/2021 hingga 30/10/2021 serta dikendalikan oleh JL Pbk2 Shahrin bin Musa,Pegawai Bomba Kanan, BBP Bidor dan dibantu oleh Cawangan Latihan BN. 3 PGA. ASP.Abd.Razak bin Hussin selaku Pegawai Kem Komanden telah dilantik sebagai pegawai penyelaras kursus sehingga tamat. Seramai 21 peserta hadir dengan jayanya.
Majlis penutupan kursus dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Supt. Azhar bin Hj.Hashim,PP BN 3 PGA sendiri kepada wakil peserta kursus iaitu Sjn.Norehan bin Tari.
Penolong Penguasa Bomba Muhammad Asyraf bin Mat Isa, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Bidor mewakili Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Perak turut menyampaikan sijil penghargaan kepada YDH Supt. Azhar bin Haji Hashim.




