Majlis Penutupan Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Siri 2/2021 JBPM Negeri Perak telah disempurnakan YS Pengarah Bomba Perak , PKPjB Azmi Bin Osman yang diadakan di Auditorium Dato’ Haji Soiman, Akademi Bomba Wilayah Utara pada 18 November 2021.Turut hadir bersama Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara , PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, PPON JBPM Negeri Perak dan PPL JBPM Negeri Perak. Kursus ini telah berjalan selama 10 hari bermula 8hb hingga 18hb November 2021 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara.





