MAJLIS LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH JBPM

21 April 2022 – Khamis: Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato Seri Ts. Mohamad Hamdan bin Hj Wahid telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke JBPM Negeri Perak dan acara lawatan beliau diselitkan dengan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh bersama JBPM peringkat Zon Utara. Majlis ini turut dihadiri oleh JBPM Negeri Pulau Pinang, JBPM Negeri Kedah dan JBPM Negeri Perlis serta ABPM Wilayah Utara. Bersama di majlis ini adalah Pengarah Negeri, Timbalan Pengarah Negeri serta Komandan bersama 20 orang bagi setiap negeri.

Majlis diselitkan dengan pemberian sumbangan kewangan ikhlas daripada YAS Ketua Pengarah sendiri kepada Kelab Surau JBPM Perak, JBPM Pulau Pinang, JBPM Kedah dan JBPM Perlis dan juga cenderamata kepada pesara Bomba, Encik Noor Mazlan bin Salleh (Mantan Ketua BBP Kampong Gajah) yang telah bersara wajib pada 15 April 2021 yang lalu.

lawatan01
lawatan02
lawatan03
lawatan04
lawatan05
lawatan06
lawatan07
lawatan08
lawatan09
English EN Malay MS
Skip to content