21 April 2022 – KHAMIS : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 bagi JBPM Negeri Perak telah dijalankan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak dan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato Seri Ts. Mohamad Hamdan bin Hj Wahid. Seramai 93 orang penerima APC, 5 orang penerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan 14 orang penerima Sijil Perkhidmatan Terpuji PBB telah disampaikan oleh YAS Dato Seri Ts. Mohamad Hamdan bin Hj Wahid di majlis berkenaan.