Sungai Siput, 15 Oktober 2024 – YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, bersama beberapa pegawai kanan jabatan, telah mengiringi YAB Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, dalam satu lawatan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Daerah Sungai Siput.
Lawatan ini diadakan sebagai tinjauan terhadap keadaan semasa mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS daerah berkenaan. Sebanyak tiga PPS telah dibuka untuk menampung keluarga yang terjejas akibat banjir:
- PPS SMK Felda Lasah: Menempatkan 70 keluarga
- PPS SK Lasah: Menempatkan 58 keluarga
- PPS Pandak Hamid, Bawong: Menempatkan 133 keluarga
Lawatan ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dalam memastikan keselamatan serta kebajikan penduduk yang terjejas akibat banjir terus terjamin.